CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 21 Mac 2009

Luahan Hati Nurani...


Tuhan… Aku sering menangisi ujian darimu. Hingga kadangkala tiada lagi titisan air mata yang mampu kutumpahkan… Hanya kerana aku menanggapi insan kerdil ini sebagai insan lemah… Aku gagal bangkit seiring syiar yang Engkau gariskan. Namun, aku mulai sedar, tidak akan bermula sesuatu selagi ia belum disedarkan dari mimpi. Mimpi di dalam cermin hidup yang fana. Yang hanya menanti detik dan saat retak dan hancur berkecai... aku sedar...dan telah lama menyedarinya...Namun, kekhilafan diri hina ini menjadikan aku buta. Buta... dalam mata yang masih terbuka luas. Namun, baru kini ku sedar. Hatiku yang tertutup rapat. Terus hanyut di buai keasyikan keduniaan. Dunia ini tiada lain hanya persinggahan sementara dan sangat asing... Hanya sebagai bekalan untuk perjalanan hari esok... Namun, kadang kala aku masih tidak terlepas dari angan-angan kosong... Masaku hanyut, asyik dan leka dengan hilai tawa yang mendukakan. Beradu kasih mencari hiburan. Aku akui... Hari esok pasti kan menjelma. Namun, tetap aku sedari yang tiap saat yang menjelma dan hadir adalah belum pasti buatku... Aku mohon ampun sepenuh keampunan dari Mu Ya Tuhan. Ampunkanlah diri hambaMu yang lagi hina ini. Aku berniat seikhlasnya, selagi nyawaku di kandung badan, dan selagi matahari terbit di timuran, maka selagi itulah perjuangan hakiki akan kuteruskan... Salam Jihad...

3 ulasan:

Samurouh Al-Fahri berkata...

Bukan enti seorang sahaja ana pun selalu alpa mmg manusia sentiasa lupa jarang bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan jarang mengingati mati.Inshaallah saling mengingati kunci kejayaan dunia Akhirat.Takbir!!!!!!!

Ika berkata...

salam izzan,
timer kasih..menjenguk blog k.ika,
betul tu izzan, k.ika pun slalu jgk camtu, kadang2x kter x bersyukur dgn aper yang kter ader, padahal DIA bagi yg terbaik dah untuk kter, kadang2x DIA tak bagi apaer y kter minta tpi tnpa kter sedar Dia bagi apa yang kita perlukan. Sma2x kta sling mengingatkan.tq izzan..(^-^)

Izzan Fahat berkata...

waalaikummuslam...ye, bnr skali akak...bnyk sdh nikmat yg kt perolehi, namun kdngkala kt lupa bsyukur...akhirnya kt lalai dr mengingatinya...sm2lah kt bpesan pd kebaikan akan..:) peace