
Salam alayk...
Really nice songs from Tommy Page. A Shoulder To Cry On...
Thanks. Merci. Syukran. Arigatou gozaimas to her...
For dedicated this song to me :)
p/s: Please bear in ur mind "He (our lord) and me, will always be for you.
Rabu, 2009 November 11
A Shoulder To Cry On by Tommy Page
Dicatat oleh Izzan Fahat di 8:35:00 AM 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Isnin, 2009 Oktober 19
Senyuman Syurga
Salam Alayk.
Indahnya saat kematian kala syahid...
Senyumannya adalah balasan atas segala darah dan keringat dalam memperjuangkan Islam...
Mudah-mudahan kita jua tergolong dalam as-syahid/syahidah dalam persada menyempurnakan akhlak dan iman dalam diri...
Buat renungan:
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :
“Orang yang gugur sebagai syahid tidak akan merasakan pedihnya terbunuh, melainkan seperti seorang di antara kamu merasa sakit karena dicubit.”
(Hasan Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 2260, Tirmidzi III: 109 no: 1719 dan Ibnu Majah II: 937 no: 3802 serta Nasa’i VI: 36).







**Semoga kalian sedia mengukir senyuman demi sebuah perjuangan...
Dicatat oleh Izzan Fahat di 4:32:00 PM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Ahad, 2009 Oktober 18
Subhanallah...
Salam alayk...
Ana sedut gambar ni dari fb kenalan ana...he(jgn mrh ye).
Sekadar mahu bkongsi keindahan ciptaan tuhan. Cantek kn?
Subhanallah...






Dicatat oleh Izzan Fahat di 10:27:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Sabtu, 2009 Oktober 17
Al-Quran Ya Al-Quran
“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?” (Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA), Pust. Nasional, 1981, Singapura, jil 6 hal 34)
Dicatat oleh Izzan Fahat di 4:12:00 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, 2009 Oktober 15
Ahad, 2009 Oktober 11
Salam Imtihan Buat Adekku
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha ilallah wallahu akbar!Allahumma shalli ala Muhammad wa’ala alihi washabihi washabihi ajmain...
Salam alayk...di kesempatan dan sisa masa yang ana miliki ini, ana ingin ucapkan salam imtihan buat adek ana yg bakal menduduki peperiksaan akhirnya bermula esok. EnsyaAllah, ana sentiasa mendoakan kejayaan buatmu.
Pesanan ku buatmu wahai adekku.
Sehebat mana pun ilmu' kt manusia, ingatlah semuanya datang dari Allah...
Mulakanlah setiap pekerjaanmu dengan niat yg suci dan kalimat mulia yakni Bismillah...
Seimbangkanlah urusanmu antara hal dunia dan hal akhirat...
Hormati dan kasihilah kedua orang tua kita...
Belajarlah untuk menjadi manusia (hamba Allah yang sejati)...
Jangan sesekali jadi seperti ku...
Ambillah mana-mana contoh tauladan yang baek sebagai panduan hidupmu ;)
Dan mungkin ini tidak pernah ku ucapkan sebelum ini, bahawa sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu...
Salam mawaddah.
Dicatat oleh Izzan Fahat di 7:05:00 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Sabtu, 2009 Oktober 03
Adab Sopan Ketika Berdoa
Salamun alayk dan salam mawaddah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
Sebagai umat Islam kita yakin dengan hidayat dan nikmat Allah, kita sering
berdoa memohon sesuatu daripada-Nya. Justeru, kita menadahkan tangan,
terutama ketika kita menghadapi pelbagai kesulitan hidup.
Allah berfirman bermaksud:
"Berdoalah, nescaya aku perkenankan untukmu".
Dalam sebuah kitab Hikam ada dijelaskan mengenai konsep doa. Menurut
kitab itu, apabila Allah melepaskan lidahmu untuk memohon, ketahuilah bahawa
Allah ingin memberikan pertolongan mengikut apa yang dipohon. Oleh yang
demikian, berdasarkan doa itu sendiri yang berfungsi sebagai jiwa ibadat, maka
proses doa itu adalah permohonan yang diatur dalam bentuk ayat yang
menyatakan suara hati seseorang hamba.
Ketenangan jiwa akan diperolehi apabila segala kesulitan yang membabitkan
diri manusia dilepaskan kepada Allah. Permohonan itu disusun dengan penuh
perasaan. Selepas itu jiwa kembali jernih, murni selepas dibulatkan segala
permasalahan - dalam bentuk jalinan kalimat, ditujukan pula kepada Allah.
Bertepatan dengan konsep doa itu sendiri sebagai perantara yang membabitkan
suatu ruang waktu yang tiada had dan batasnya, maka Allah sendiri menyuruh
setiap hambanya berdoa tanpa mengira keadaan dan masa.
Sebenarnya bentuk doa akan diperkenankan mengikut ketentuan Tuhan, asal
saja doa atau permohonan itu menuju ke arah kebaikan untuk diri, keluarga,
masyarakat dan umat sejagat.
Isi doa juga sewajarnya mengandungi unsur-unsur kesejahteraan umat,
memohon untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, murah rezeki, sihat tubuh
badan, tambahkan ilmu pengetahuan dan keimanan.
Islam melarang keras berdoa kepada Allah dengan motif yang tidak baik dan
bertujuan jahat, umpamanya seseorang memohon kepada Allah:
"Ya Allah, cabutlah nyawaku, aku tidak sanggup lagi
menghadapi kesusahan di dunia ini."
Rasulullah tidak pernah memohon doa bertujuan untuk merosakkan umat
manusia, biar pun baginda seringkali menderita kerana perbuatan orang lain
terhadapnya.
Ruang hidup dan situasi untuk kita bertindak begitu luas. Misalnya, seseorang itu
gagal dan kecewa dalam sesuatu bidang yang disertainya, sesekali perlulah
beralih ke bidang lain yang berlainan, insya-Allah dengan semangat dan motivasi
yang baru, Allah akan menitipkan rahmat dan nikmat-Nya. Seiring itu juga, kita
perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah, kuatkan semangat serta berdoa
setiap masa.
Ketidaksesuaian sewaktu berdoa turut mempengaruhi kesempurnaan berdoa.
Di masjid atau surau dapat dilihat jemaah dalam pelbagai aksi sewaktu imam
melafazkan doa, ada yang memegang sapu tangan, buku dan majalah. Tak
kurang juga yang suka mencuit-cuit sesama sendiri.
Keadaan sebegitu tentunya tidak manis dan tidak sesuai pula dalam suatu
keadaan yang begitu mengharapkan pertolongan Allah. Kita sewajibnya berada
dalam keadaan penuh khusyuk, rasa rendah diri mengharapkan pertolongan
Allah saja.
Beberapa adab sopan seperti yang dianjurkan oleh agama perlulah sama-sama
diikuti sewaktu memohon pertolongan dari Allah. Imam Al-Ghazali
menyenaraikan perkara itu dalam Kitab Ihya Ulumu Din Jilid 1, halaman
306-309. Antaranya ialah:
1. Pada Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan waktu sahur.
2. Dalam keadaan yang khusyuk seperti waktu sujud
3. Menghadap kiblat dan mengangkat tangan sampai ke garis ketiak, bukan
atas lutut.
4. Merendahkan suara, hanya sekadar dapat didengar oleh orang yang ada di
sisi kita.
5. Tidak perlu menggunakan kata-kata bersajak, cukuplah dengan kata-kata
yang sederhana serta merendahkan diri, tidak perlu berirama, namun
diutamakan doa yang berasal daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat.
6. Mempercayai dan berkeyakinan dengan doa itu. Tidak kecewa dan gelisah
jika doa belum lagi diperkenankan.
7. Memulakan doa dengan memuji Allah, jangan terus memohon apa yang
dihajati.
8. Taubat sebelum berdoa.
Semoga bermanfaat ;)
Dicatat oleh Izzan Fahat di 6:30:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini














