CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �

Jumaat, 8 Februari 2013

Kalam Ilahi

Alhamdulillah,

thumma,

Alhamdulillah =)

Allah hu Allah. Alhamdulillah 'ala kullihal. Alhamdulillah.

Assolatu alan Nabiyy.. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan semesta 'alam. Tiada sekutu bagiNya, tiada satupun bisa menandinginya. DariNya aku datang, kepadaNya jua aku kembali satu saat nanti. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kerabat baginda serta para sahabat yang dirohmati Allah di dunia dan akhirat.


Tidak mampu ya Allah untuk ku hitung ni'mat Mu buatku. Ni'mat untuk bernafas ini sahaja pun sudah cukup menyedarkan betapa kerdilnya aku. Bukan siapa-siapapun di atas muka bumi Mu ini, entah pula di akhirat nanti. Namun, untuk sesekali mengalah pada dosa dan perbuatan silam hingga aku tersungkur pada hasutan dan bisikan syaitan, tidak sama sekali. Kerna ku yakin, terlalu besar kemurahanMu, pengampunanMu, kasih sayangMu dan CintaMu padaku. Aku tidak malu untuk menyatakan hal itu, kerana itulah janjiMu pada aku dalam kalam Mu. Tapi, cukup aku malu untuk ku katakan cinta padaMu walhal segala macam ketaksuban pada ni'mat dunia ini yang bersarang pada hatiku. Di mana ingatanku padaMu pada setiap hela nafas, jika aku benar-benar tenggelam dalam maksud cinta padaMu ;( Allaahh.. ampuni aku. Tambahkanlah ketaatanku padaMu dengan sebenar-sebenar ketaatan.


Rabu, 13 Jun 2012

Maqam

'ilm bertambah belum tentu maqam meningkat ; maqam meningkat enshaAllah 'ilm juga bertambah luas. Allahu..



::Jiwa.

Jihad Fisabilillah

 اللهم صل على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Jihad & jaulah 'ilm kembali bermula di UM. Allah. Rabbi yassir wala tu’assir yaa Kariim.


Sabtu, 9 Jun 2012

Tausyiah


السلام عليكم


 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

 "Bergeraklah, kerana diam boleh mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di akhirat. Mensia-siakan waktu lebih bahaya daripada kematian kerana ia memutuskanmu daripada Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya." ~ Ibnu Qayyim.



Rabu, 6 Jun 2012

RahasiaMu...

jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. Rahasia Tuhan yang maha agung.

Jumaat, 18 Mei 2012

tuhan

alangkah ajaibnya air mata itu. ia datang dari hati. sekalipun dipejam, ia tetap mengalir! Allaahh..

Jumaat, 4 Mac 2011

Kezaliman Terhadap Akal

Salam alaik.Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW & para sahabat baginda. Ana ingin kongsikan artikel yang menarik hasil tulisan Sifu ana Sis Siti Fauziana :)

Satu kezaliman terhadap akal bila mana tidak dimanfaatkan dgn sepatutnya. Termasuk dlm kategori ini, bila memikirkan perkara2 yg tdk perlu difikirkan dan diragukan spt samada “adakah Pencipta”. Atau malas berfikir dengan memberi alasan “cukup dgn sekadar beriman saja” bila merujuk kpd perkara2 yg tiada dilarang memikirkan.



Spt Prof Al-Attas nyatakan “Islam is not for fool”. Ertinya, mensyaratkan adanya ilmu bagi yg ingin mengaku Islam. Selagi org itu waras dan berakal, taklif berlaku. Dengan itu, tiada alasan jahil blh diterima kerana penunaian taklif mensyaratkan ilmu.



Contoh2 kezaliman lain



1) Bila akal yg sihat dirosakkan melalui pemakanan bahan yg melemahkan dan menjejaskan fungsinya.



2) Bila akal diletihkan dgn perkara-perkara yg subahat spt menonton TV



3) Bila “storage” akal digunakan menyimpan maklumat2 yg tidak diperlukan bagi pemilik



4) Bila daya akal dikotorkan dgn menonton bahan2 lucah atau melihat perkara2 haram sehingga gagal mencapai hikmah



5) Bila akal tdk dilatihi utk memikiran permasalahan yg berkait dgn kepentingan diri sendiri tapi diserahkan pada org lain



6) Bila akal tdk diasar utk berfikir secara kreatif kerana mudah tergesa-gesa dan ambil jln mudah



7) Bila akal tdk dibiaskan dgn tafakkur utk self-inventory



8) Bila akal tdk diberi hak utk rehat dgn bekerja terusan



9) Bila akal diguna utk memikirkan perkara2 yg membawa fasad pd diri sdn dan org lain



10) Bila menggunakan akal utk memuaskan nafsu dgn berkhayal dan berangan-angan



11) Bila proces sinthesis tdk menghasilkan ilmu yg sebenar kerana bahan asas tiada, kurang atau salah



12) Bila akal dikutuk, dicela dan diremehkan sedangkan “akal” adalah ciptaan Tuhan yg tertinggi



13) Bila orang-orang yang berilmu tdk dihormati dan diiktiraf dan disama-ratakan dgn orang lain yg lebih rendah tahap ilmunya.



14) Bila akal digunakan secara "bias" iaitu memburu ilmu2 akademik sehingga peringkat tinggi spt BA, MA, PhD,tapi ilmu2 fardhu ain dan agama hanya dikekalkan ditahap sekolah rendah.

p/s : syukran to sis siti fauziana for this intelligent ponder.