CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �

Selasa, 17 Mac 2009

Tangisan Keinsafan


Saudara/saudari sekalian...
Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.

Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang
amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak
dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan.
Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran
tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan
Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau
berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas
tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah,
bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku
tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku
tidak merahmati aku!"

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan
membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan
bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan
mengeruhkan kesuciannya.


Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil
bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui
seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan
sedikit tertawa."

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan
kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal
darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40
hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya
dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya,
celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan
selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga
tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian
terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli
neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli
neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali
sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun
mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli
syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong
diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut
dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan
memohon pertolongan-Nya.

b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian
kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang
yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan
saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang
menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit,
tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat
yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda
gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan
hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana
sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada
kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah
yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan,
di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu
menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika
bersimpuh di atas bumi?

c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan
umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala
sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan,
menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka
akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan
orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua
terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan
kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat
Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk
menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat
menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut
hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang
dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik
bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan
zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi
ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini.
Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan
zikrullah.

Khamis, 12 Mac 2009

Sejarah dan Fadilat Ayat Qursi



Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

semoga menjadi amalan hidup seharian

Insya Allah..

Selasa, 10 Mac 2009

Hati Lembut Bukan Bermakna Lemah


ADA orang berbangga dengan kedudukan dan pangkatnya. Ada juga yang sombong dengan kekayaan, rumah besar dan kereta mewah. Mereka seolah-olah lupa bersyukur bahawa semua harta dan pangkat diperoleh adalah atas kehendak Allah.

Sehubungan itu, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa merendah diri dan tidak berlagak sombong seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, kerana engkau tidak mungkin dapat menebus bumi dan tidak mungkin menjangkau gunung dari segi ketinggian." - (Al-Isra' : 37).

Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya: "Dan Allah SWT tidak suka orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Al-Hadid : 23).

Orang yang berbudi mulia dan tidak keras hati akan sentiasa memberi pertimbangan kepada keupayaan dan kebolehan orang lain dalam menjalankan kerja mereka. Ia banyak memberi maaf kepada kesalahan orang lain, tetapi sentiasa tegas dalam menjalankan kewajipan.

Hati yang lembut dan bertimbang rasa, tidak bermakna ia lemah dan lalai dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, terutama tanggungjawabnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Tabiat yang dimilikinya itu sentiasa diletakkan pada tempatnya dan ketegasannya juga disampaikan dalam keadaan yang tenang dan beradab sehingga ia dihormati dan disegani.

Lantaran hatinya yang lembut dan bertimbang rasa, ia suka bermusyawarah dan meminta pandangan orang yang sesuai dalam membuat sesuatu keputusan atau bagi mengambil tindakan yang besar.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Jika kamu bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka lari daripada kamu. Maka berilah kemaafan kepada mereka dan mohonlah kemaafan Allah untuk mereka dan bermusyawarah dengan mereka dalam urusan hidup mereka. Dan apabila ditentukan keazaman, maka berserahlah kepada Allah."- (Ali Imran: 159).

Orang yang berbudi mulia akan sentiasa bercakap perkara yang baik mengenai orang lain dan tidak mendedahkan keburukan mereka. Bagaimanapun, ia tidak lupa untuk memberi nasihat secara langsung kepada teman dan sahabatnya yang melakukan kesalahan dan kesilapan.

Kelakuan orang lain dijadikan cermin untuk menyuluh dirinya. Sahabatnya dijadikan ukuran untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Jika ada kelebihan pada dirinya, ia akan bersyukur dan sebaliknya jika terdapat kekurangan, ia cuba memperbaiki kelemahannya itu.

Sebagai contoh, menceritakan keburukan orang lain (mengumpat) adalah budi pekerti yang jahat dan buruk yang boleh menyebabkan pergaduhan dan menghilangkan rasa hormat antara sesama masyarakat.

Apabila hilang rasa saling hormat menghormati maka mudahlah berlaku ketegangan dalam masyarakat sekalipun disebabkan oleh faktor yang remeh-temeh. Oleh sebab itulah Allah mengharamkan mengumpat. Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dan janganlah kamu mengumpat antara satu dengan yang lain. Adakah antara kamu ada yang suka memakan daging mayat saudaranya, lalu ia membencinya." – (Al-Hujurat: 12).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Muttafaq `Alaih)

Jumaat, 6 Mac 2009

Diam Saja


Assalamualaikum...

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa
keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut
adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan
dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti
hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam
neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak
digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya
digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3.Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.
Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka
hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam makan ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM...

LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN
KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah
perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang
baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri
manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita
banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu.

Wassalam. Bittaufiq wannajjah…

Ahad, 1 Mac 2009

Beribadah Selagi hidup




AMALAN SEPANJANG TAHUN
• Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
• Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
• Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
• Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas agama dan sebagainya
• Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
• Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
• Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
• Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
• Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
• Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
• Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
• Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru


MUHARRAM
• 1 - 9 haribulan - Puasa sunat
• 10 haribulan (Hari Asyura) -
o Puasa sunat
o menyapu kepala anak yatim
o bersedekah kepada fakir miskin
o bercelak mata
o meluaskan perbelanjaan keluarga
o memperbanyak bacaan berikut :


REJAB
• Kelebihan puasa sunat di bulan Rejab :
o Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah
o Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah
o Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal.
o Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka
o Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga
o Puasa 10 hari - Allah akan mengkabulkan permintaannya
o Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
• Ibadat-ibadat lain yang digalakkan :
o Membaca surah Al-Ikhlas setiap hari 11 kali atau lebih
o Membaca al-Quran
o Memperbanyakkan doa, istighfar dan lain-lain seperti dibawah ini :

• 27 hb Rejab - Isra' Mi'raj - digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa itu serta mengambil i'tibar daripadanya, dan mengerjakan puasa sunat.


SYAABAN
• 15hb - Nisfu Syaaban. Hidupkan malamnya dengan membaca Yasin 3 kali dengan tertib dan berdoa supaya (i) panjang umur serta dapat beribadat (ii) murah rezeki (iii)ditetapkan iman


RAMADHAN
• Doa pada awal malam Ramadhan :
• Menyempurnakan Puasa Fardhu Ramadhan
• Sembahyang sunat tarawih dan witir pada malamnya
• Memperbanyakkan membaca Al-Quran
• Memperbanyakkan Sedekah
• Memperhebatkan ibadat di waktu malam terutama 10 malam terakhir
• Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan Ramadhan menyamai pahala satu haji
• Menunggu-nunggu Lailatul-Qadar
• Segerakan membayar Zakat Fitrah

SYAWAL
• Sembahyang sunat 'Idul Fitri
• Puasa 6 hari dalam bulan Syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun
• Membaca takbir sehingga sembahyang 'Idul Fitri
• Hidupkan malam 1 syawal dengan banyak beribadat


ZULHIJJAH
• 1 hingga 8 hb - Sunat berpuasa
• 8 hb - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
• 9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
• 10 hb - Hari Raya Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
• Melakukan korban
• 11, 12 dan 13 hb (hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
• 29hb atau 30hb - Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

Rabu, 18 Februari 2009

Kasih Sampai Ke Syurga


Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini terasa rindu pada kedua orang tuaku… kadang kala, aku termangu memikirkan keadaan kedua orang tuaku di kampung yang sedang berhempas pulas mencari rezeki buat menyara kehidupanku adik beradik. Entah makan atau tidak mereka di kampung, hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Aku masih teringat lagi dikala mana mereka pergi menoreh getah pada awal pagi lagi dan pulang pada tengah harinya…

Rasa melankoli sekali aku memandang wajah kedua orang tuaku yang keletihan menggalas bebanan mendaki bukit untuk pergi menoreh. Pernah suatu masa dulu, ibuku terjatuh ke bawah bukit ketika memanjat bukit tersebut. Hiba sungguh rasa hatiku pada saat itu… Kecewanya aku sebagai anak, yang belum mampu memberikan kesenangan buatnya. Di saat aku pergi melanjutkan pelajaran, merekalah manusia yang paling gembira dalam kedukaan. Gembira bercampur sedih kerana aku akhirnya melangkah jua keluar dari kampung lahirku, demi mencari secebis harapan kebahagian. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan sebagai kata-kata semangat buatku, melainkan kekuatan yang aku kumpul selama ini demi melihat kebahagian kedua orang tuaku di saat aku berjaya kelak…

Di saat aku menjejakkan kaki ke institut pengajian, aku tanamkan seribu tekad. Azam setinggi bulan dan bintang, dan aku rendahkan hati serendah dasar lautan. Aku sedar dan teramat sedar, aku harapan kedua orang tuaku. Apa sahaja yang aku lakukan adalah kerana Dia, dan kerana kedua orang tuaku. Kekadang, timbul rasa hairan di kalangan teman-temanku, mempersoalkan mengapa aku begitu tekun dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Tidak kurang juga yang memperkecilkan kemampuan aku sebagai seorang insan. Pada saat itu, aku hanya mampu tersenyum. Hanya Allah dan aku sendiri yang mengetahuinya. Masih banyak lagi resam hidup yang perlu kita tempuh wahai teman. Hidup ini bukan sekadar hidup. Hidup adalah satu perjuangan yang tak pernah berpenghujung...

Nantikanlah saat di mana segala-gala yang kabur akan menjadi jelas dan terang.


Selasa, 17 Februari 2009

Pesanan Mendiamkan Diri Ketika Azan


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."