CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �

Sabtu, 9 Februari 2013

...

aku lihat ramai manusia sering melupakan sesuatu yang pada awalnya dilihat sangat bermakna, namun kemudian seperti sudah tidak bernilai apa-apa setelah mereka berada dalam fasa yang lain dalam kehidupan. 


semoga aku kekal istiqomah pada jalanNya. 



Jumaat, 8 Februari 2013

Kalam Ilahi

Alhamdulillah,

thumma,

Alhamdulillah =)

Allah hu Allah. Alhamdulillah 'ala kullihal. Alhamdulillah.

Assolatu alan Nabiyy.. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan semesta 'alam. Tiada sekutu bagiNya, tiada satupun bisa menandinginya. DariNya aku datang, kepadaNya jua aku kembali satu saat nanti. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kerabat baginda serta para sahabat yang dirohmati Allah di dunia dan akhirat.


Tidak mampu ya Allah untuk ku hitung ni'mat Mu buatku. Ni'mat untuk bernafas ini sahaja pun sudah cukup menyedarkan betapa kerdilnya aku. Bukan siapa-siapapun di atas muka bumi Mu ini, entah pula di akhirat nanti. Namun, untuk sesekali mengalah pada dosa dan perbuatan silam hingga aku tersungkur pada hasutan dan bisikan syaitan, tidak sama sekali. Kerna ku yakin, terlalu besar kemurahanMu, pengampunanMu, kasih sayangMu dan CintaMu padaku. Aku tidak malu untuk menyatakan hal itu, kerana itulah janjiMu pada aku dalam kalam Mu. Tapi, cukup aku malu untuk ku katakan cinta padaMu walhal segala macam ketaksuban pada ni'mat dunia ini yang bersarang pada hatiku. Di mana ingatanku padaMu pada setiap hela nafas, jika aku benar-benar tenggelam dalam maksud cinta padaMu ;( Allaahh.. ampuni aku. Tambahkanlah ketaatanku padaMu dengan sebenar-sebenar ketaatan.


Rabu, 13 Jun 2012

Maqam

'ilm bertambah belum tentu maqam meningkat ; maqam meningkat enshaAllah 'ilm juga bertambah luas. Allahu..



::Jiwa.

Jihad Fisabilillah

 اللهم صل على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Jihad & jaulah 'ilm kembali bermula di UM. Allah. Rabbi yassir wala tu’assir yaa Kariim.


Sabtu, 9 Jun 2012

Tausyiah


السلام عليكم


 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

 "Bergeraklah, kerana diam boleh mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di akhirat. Mensia-siakan waktu lebih bahaya daripada kematian kerana ia memutuskanmu daripada Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya." ~ Ibnu Qayyim.



Rabu, 6 Jun 2012

RahasiaMu...

jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. Rahasia Tuhan yang maha agung.

Jumaat, 18 Mei 2012

tuhan

alangkah ajaibnya air mata itu. ia datang dari hati. sekalipun dipejam, ia tetap mengalir! Allaahh..

Jumaat, 4 Mac 2011

Kezaliman Terhadap Akal

Salam alaik.Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW & para sahabat baginda. Ana ingin kongsikan artikel yang menarik hasil tulisan Sifu ana Sis Siti Fauziana :)

Satu kezaliman terhadap akal bila mana tidak dimanfaatkan dgn sepatutnya. Termasuk dlm kategori ini, bila memikirkan perkara2 yg tdk perlu difikirkan dan diragukan spt samada “adakah Pencipta”. Atau malas berfikir dengan memberi alasan “cukup dgn sekadar beriman saja” bila merujuk kpd perkara2 yg tiada dilarang memikirkan.



Spt Prof Al-Attas nyatakan “Islam is not for fool”. Ertinya, mensyaratkan adanya ilmu bagi yg ingin mengaku Islam. Selagi org itu waras dan berakal, taklif berlaku. Dengan itu, tiada alasan jahil blh diterima kerana penunaian taklif mensyaratkan ilmu.



Contoh2 kezaliman lain



1) Bila akal yg sihat dirosakkan melalui pemakanan bahan yg melemahkan dan menjejaskan fungsinya.



2) Bila akal diletihkan dgn perkara-perkara yg subahat spt menonton TV



3) Bila “storage” akal digunakan menyimpan maklumat2 yg tidak diperlukan bagi pemilik



4) Bila daya akal dikotorkan dgn menonton bahan2 lucah atau melihat perkara2 haram sehingga gagal mencapai hikmah



5) Bila akal tdk dilatihi utk memikiran permasalahan yg berkait dgn kepentingan diri sendiri tapi diserahkan pada org lain



6) Bila akal tdk diasar utk berfikir secara kreatif kerana mudah tergesa-gesa dan ambil jln mudah



7) Bila akal tdk dibiaskan dgn tafakkur utk self-inventory



8) Bila akal tdk diberi hak utk rehat dgn bekerja terusan



9) Bila akal diguna utk memikirkan perkara2 yg membawa fasad pd diri sdn dan org lain



10) Bila menggunakan akal utk memuaskan nafsu dgn berkhayal dan berangan-angan



11) Bila proces sinthesis tdk menghasilkan ilmu yg sebenar kerana bahan asas tiada, kurang atau salah



12) Bila akal dikutuk, dicela dan diremehkan sedangkan “akal” adalah ciptaan Tuhan yg tertinggi



13) Bila orang-orang yang berilmu tdk dihormati dan diiktiraf dan disama-ratakan dgn orang lain yg lebih rendah tahap ilmunya.



14) Bila akal digunakan secara "bias" iaitu memburu ilmu2 akademik sehingga peringkat tinggi spt BA, MA, PhD,tapi ilmu2 fardhu ain dan agama hanya dikekalkan ditahap sekolah rendah.

p/s : syukran to sis siti fauziana for this intelligent ponder.

Sabtu, 5 Februari 2011

Sufi

I’m neither beautiful nor ugly
neither this nor that
I’m neither the peddler in the market
nor the nightingale
in the rose garden
Teacher give me a name so that I’ll know
what to call myself

I’m neither slave nor free neither candle
nor iron

I’ve not fallen in love with anyone
nor is anyone in love with me

Whether I’m sinful or good
sin and goodness come from another
not from me

Wherever He drags me I go
with no say in the matter
(Jalaluddin Rumi)

Khamis, 27 Januari 2011

Guruku



Assalamualaikum wbt.

Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW & para sahabat baginda.
Alhamdulillah…

Sengaja ana tukar lagu latar blog ini kepada lagu Guruku alunan kumpulan In-Team.

Juga ia ana lakukan sebagai mengenang jasa dan rasa rindunya ana pada seorang guru yang amat terkesan di hati ana…

Dialah Prof. Madya Dr. Badriyah Hj Salleh (mantan pensyarah di Jabatan Sejarah & Arkeologi UPSI)

Didikanmu tidak hanya kuterima dari sudut duniawi, tetapi juga ukhrawi… itu adalah kerna “sikap mendidikmu”. Moga kita bersua lagi. Allah Yussallimuk…

Sabtu, 22 Januari 2011

semalam

Semalam yang perit
Kegersangan diri terbaring,
Tiada rasa menderitai,
Cuma kerelaan yang pasrah,
Semoga dihujani rahmat kasehNya.

Khamis, 28 Januari 2010

diri hambaNya


Salam alayk…

Alhamdulillah…syukur ana ke atasNya kerana dipanjangkan ni’mat usia. Moga-moga dengan usia yang berbaki ini ana manfaatkan dengan sentiasa ‘bertasbih’ di jalanNya. Moga tidak tersasar dari panduan dan jalur yang haqq. Minda dan jiwa serasa begitu tenang meniti hari. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan olehNya. Doakan ana wahai saudaraku…



Isnin, 19 Oktober 2009

Senyuman Syurga

Salam Alayk.

Indahnya saat kematian kala syahid...

Senyumannya adalah balasan atas segala darah dan keringat dalam memperjuangkan Islam...

Mudah-mudahan kita jua tergolong dalam as-syahid/syahidah dalam persada menyempurnakan akhlak dan iman dalam diri...

Buat renungan:

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :

“Orang yang gugur sebagai syahid tidak akan merasakan pedihnya terbunuh, melainkan seperti seorang di antara kamu merasa sakit karena dicubit.”

(Hasan Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 2260, Tirmidzi III: 109 no: 1719 dan Ibnu Majah II: 937 no: 3802 serta Nasa’i VI: 36).


**Semoga kalian sedia mengukir senyuman demi sebuah perjuangan...





Photobucket

Sabtu, 17 Oktober 2009

Al-Quran Ya Al-Quran


“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?” (Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA), Pust. Nasional, 1981, Singapura, jil 6 hal 34)



Rabu, 2 September 2009

Mari Tingkatkan Ibadah

Apa tunggu lagi? Mari tambahkan saham pahala dengan 70 kali gandaan



Mendamba Cinta Ilahi di Akhir Ramadhan...

Ahad, 19 April 2009

The Martyr Of Syeikh Ahmad Yassin







Bingkisan rindu buat pejuang dan as-syahid Islam...

Sedekahkanlah sekalung Al-Fatehah buat pejuang Islam SYEIKH AHMAD YASSIN. Semoga Allah menempatkannya dalam kalangan umat yg soleh... Hayatilah juga perjuangannya.

p/s: semoga mbangkitkan semangat jihad

Jumaat, 17 April 2009

Barang Siapa Kenal Diri Maka Kenallah Akan Tuhannya


Mengenal Allah

Soalan:

Apakah maksud yang dikatakan ‘barang siapa kenal diri maka kenallah akan tuhannya’?

Jawapan:

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.

Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.

Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya”. Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri”, maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.

Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia. Diri batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia. Walaupun di dalam Al Quran “diri” itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya “diri” yang hakikat itu di dalam manusia. Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertnggungjawapannya”. (Al Isra’ 36)

Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan, disamping roh juga akan diuji tentang ketakwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT. Untuk melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.

Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan qalbi. seandainya qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal, nafsu dan roh bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan.

Qalbi di dalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri. Firman Allah SWT maksudnya:

“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”. (As Sham, 9 - 10)

Jadi untuk merealisasikan pengertian bahawa siapa yang mengenal dirinya akan mengenali

Tuhan-nya itu, iaitu dengan cara memahami hakikat roh, jiwa atau qalbi yang sebenarnya. Sesungguhnya untuk mencapai ke tahap yang tinggi memerlukan pengetahuan dan keyakinan yang kukuh terhadap Allah SWT. Wallhu A’lam.

Isnin, 6 April 2009

Bulan Penuh Cantik Berseri

Ana sayangkan Islam...demi sebuah perjuangan yang tidak berpenghujung...

Orang Bukit Gantang
Jangan salah tatang
Undi bukan sebarang
Jangan ditipu senang

Masuk penjara mudah sahaja
Keluar pun bila-bila suka
Tangis derita dan air mata
Tidak diendah tidak berharga

Nilai jangan sehari dua
Sejarah sesekali jangan dilupa
Adil saksama bukan bahan senda
Sehari buat setahun buat-buat lupa

Manusia dipegang pada janjinya
Parti dinilai pada dasarnya
Manis berkata hanya sandiwara
Kalau ideologi masih serupa

Orang Bukit Gantang
Jangan salah orang
Pangkah terang-terang
Bulan bersinar mengambang

Special Credits to:
http://saifulislam.com/

Selasa, 31 Mac 2009

Akhlak Juru Dakwah - Sikap Halus Dan Sabar





Akhlak Juru Dakwah - Sikap Halus Dan Sabar
Dikutip dari buku: Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu anil Munkar
karya Ibnu Taimiyah


Amar ma’ruf nahi munkar harus dengan cara halus. Rasulullah saw bersabda:
“Allah bersifat sangat halus, menyukai sikap halus dalam
semua urusan; dan Dia memberi karena sikap halus itu, sesuatu yang tidak akan Dia berikan karena sikap kasar” [HR Muslim]
Juru dakwah (yg melakukan amar ma’ruf nahi mungkar) harus bersifat hilm dan tabah (sabar) terhadap setiap gangguan - sebab ia mesti menemui gangguan. Jika tidak hilm dan sabar, akan lebih banyak membawa mafsadat daripada maslahat.
Dalam kisah Al Qur’an, Luqman berkata kepada puteranya:
“Hai anakku, dirikan sholat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yg ma’ruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [QS 31:17]
Karena itu Allah menyuruh bersabar kepada para RasulNya (pemimpin amar ma’ruf nahi mungkar) seperti firmanNya kepada RasulNya terakhir - bahkan disertai dengan penyampaian risalah.
Firman Allah yang merupakan pengangkatan terhadap Muhammad sebagai RasulNya adalah surat Al Mudatsir yang diturunkan sesudah Al ‘Alaq. Sedang dengan Surat Al ‘Alaq, beliau diangkat sebagai Nabi. Dalam surat Al Mudatstsir itu Allah berfirman:
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berikan peringatan. dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu bersabarlah.” [QS 74:1-7]
Allah memulai ayat-ayat risalah (kerasulan)-Nya kepada makhluk dengan menyuruh memberi peringatan, dan mengakhirinya dengan menyuruh sabar.
Allah berfirman:
“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami...” [QS 52:48]
“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhi mereka dengan cara baik.” [QS 73:10]
“Maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari para Rasul..” [QS 46:35]
“Maka bersabarlah kamu (wahai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan jangan kamu seperti orang yang berada dalam” (perut) ikan (Nabi Yunus)...” [QS 68:48]
“Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan” [QS 16: 127]
“Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada
menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan.” [QS 11:115]

Karena itu, dalam tugas kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar harus ada 3 perkara :
ilmu, halus dan sabar.
Ilmu harus sudah dimiliki sebelum melakukan tugas kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar, Sikap halus harus bersamaan dengan pelaksanaan tugas, dan sifat sabar sesudah pelaksanaan tugas, meski sebenarnya ketiganya harus ada dalam semua keadaan. hal tersebut -sebagaimana bersumber dari atsar dari sebagian orang-orang salaf yang diriwayatkan secara marfu’- diriwayatkan oleh Al Qodhi Abu Ya’la dalam kitab Al-Mu’tamad:
“Tidak boleh melakukan amar ma’ruf nahi munkar kecuali orang yang paham (punya ilmu) tentang apa yang ia suruhkan, paham tentang apa yang ia cegah, bersikap halus dalam apa yang ia suruh dan cegah, dan bersifat hilm (sabar) dalam apa yang ia suruh dan cegah.”
Dan ketahuilah, disyaratkan ketiga itu dalam amar ma’ruf nahi mungkar merupakan sesuatu yang menimbulkan kesulitan terhadap orang banyak. Maka disangka bahwa dengan itu kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar gugur dari mereka, hingga mereka tidak melakukannya. Terkadang yang demikian bisa memberi mudharat lebih banyak daripada mudharat yang ditimbulkan oleh amar ma’ruf nahi mungkar tanpa syarat itu, atau terkadang mudharatnya lebih sedikit. Sebab meninggalkan perintah wajib adalah maksiat, dan mengerjakan apa yang dilarang Allah, juga maksiat. maka orang yang pindah dari satu maksiat ke maksiat lain, bagai orang mencari perlindungan dari tanah yang sangat panas kepada api, atau seperti orang pindah dari satu agama sesat ke agama lain yang sesat pula. Terkadang yang kedua lebih buruk daripada yang pertama, bahkan sebaliknya, atau keduanya sama.
Maka bisa jadi Anda mendapatkan orang yang melalaikan amar ma’ruf nahi mungkar dan orang yang melampaui batas, kadang dosa yang satu lebih besar, bahkan dosa lainnya lebih besar, atau kedua-duanya sama.

Isnin, 30 Mac 2009

Anak Soleh


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi

Musa bertanya kepada Allah SWT...

“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”

Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.

Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya,

“Wahai saudara, apa agama kamu ?”.

“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.

“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”, terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT

telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi. Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa.

“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”

Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa. Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana mereka menjaga kita sewaktu masih kecil lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa yang dilakukan, urusan kita ialah memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat tempat di akhirat dan alam kubur. Erti kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit, cukuplah dengan doa agar mendapat tempat di sisi Allah SWT.