CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 9 Februari 2013

...

aku lihat ramai manusia sering melupakan sesuatu yang pada awalnya dilihat sangat bermakna, namun kemudian seperti sudah tidak bernilai apa-apa setelah mereka berada dalam fasa yang lain dalam kehidupan. 


semoga aku kekal istiqomah pada jalanNya. 



Jumaat, 8 Februari 2013

Kalam Ilahi

Alhamdulillah,

thumma,

Alhamdulillah =)

Allah hu Allah. Alhamdulillah 'ala kullihal. Alhamdulillah.

Assolatu alan Nabiyy.. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan semesta 'alam. Tiada sekutu bagiNya, tiada satupun bisa menandinginya. DariNya aku datang, kepadaNya jua aku kembali satu saat nanti. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kerabat baginda serta para sahabat yang dirohmati Allah di dunia dan akhirat.


Tidak mampu ya Allah untuk ku hitung ni'mat Mu buatku. Ni'mat untuk bernafas ini sahaja pun sudah cukup menyedarkan betapa kerdilnya aku. Bukan siapa-siapapun di atas muka bumi Mu ini, entah pula di akhirat nanti. Namun, untuk sesekali mengalah pada dosa dan perbuatan silam hingga aku tersungkur pada hasutan dan bisikan syaitan, tidak sama sekali. Kerna ku yakin, terlalu besar kemurahanMu, pengampunanMu, kasih sayangMu dan CintaMu padaku. Aku tidak malu untuk menyatakan hal itu, kerana itulah janjiMu pada aku dalam kalam Mu. Tapi, cukup aku malu untuk ku katakan cinta padaMu walhal segala macam ketaksuban pada ni'mat dunia ini yang bersarang pada hatiku. Di mana ingatanku padaMu pada setiap hela nafas, jika aku benar-benar tenggelam dalam maksud cinta padaMu ;( Allaahh.. ampuni aku. Tambahkanlah ketaatanku padaMu dengan sebenar-sebenar ketaatan.


Rabu, 13 Jun 2012

Maqam

'ilm bertambah belum tentu maqam meningkat ; maqam meningkat enshaAllah 'ilm juga bertambah luas. Allahu..



::Jiwa.

Jihad Fisabilillah

 اللهم صل على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Jihad & jaulah 'ilm kembali bermula di UM. Allah. Rabbi yassir wala tu’assir yaa Kariim.


Sabtu, 9 Jun 2012

Tausyiah


السلام عليكم


 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

 "Bergeraklah, kerana diam boleh mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di akhirat. Mensia-siakan waktu lebih bahaya daripada kematian kerana ia memutuskanmu daripada Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya." ~ Ibnu Qayyim.



Rabu, 6 Jun 2012

RahasiaMu...

jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. Rahasia Tuhan yang maha agung.

Jumaat, 18 Mei 2012

tuhan

alangkah ajaibnya air mata itu. ia datang dari hati. sekalipun dipejam, ia tetap mengalir! Allaahh..