Bismillahhirahmanirrohim…
Semakin tinggi ilmu sesaorang, semakin terkunci lisannya. Semakin berhati-hati dlm memberi penilaian serta takut meluahkan pandangan. Dia sentiasa sedar kedudukan dirinya, sedar siapa yg memerhatikannya, sedar setiap patah yg diluah akn menjadi saksi terhadapnya nanti. Dia memilih utk diam demi menjaga adab terhadap Pemilik semua. Hanya bila sudah sampai tahap terpaksa baru ditegurnya, itu pun penuh hati-hati kerana bimbang. Jiwanya sentiasa menggetar ketakutan bila merasa dirinya diuji utk membetulkan orang lain, memimpin atau menjadi ikutan.
Pilihannya hanya dua – manfaat atau tidak. Kalau manfaat, dibahagikan lagi kpd daruriyyat, hajiyyat dan tashiniyyat. Ucapannya hanya yg daruriyyat iaitu yg amat perlu saja. Butiran patah perkataan sekadar memenuhi hajiyyat iaitu utk membantu menjelaskan mana yg perlu. Dia hindar dari tashiniyyat yg dianggap berlebih-lebihan dalam perkataan. Bahkan, dia lebih suka kalau org lain yg menegur atau memberi pandangan dari dirinya. Dia tidak merasa hanya dia yg layak memberi pandangan atau dia saja yg betul atau dia saja yg telah memikiran permasalahan tersebut. Melainkan sudah tugasnya menjadi guru, penasihat atau mentor, dia sentiasa berdoa Allah datangkan org yg lebih layak dari dirinya utk menyampaikan ilmu serta memikul tugas membimbing dan mendidik. Dia sentiasa berusaha melengkapkan dirinya dgn ilmu, akhlak, kemahiran dan menimba pengalaman seni-seni menegur dgn penuh hikmah.
Dengan kepekaan yg tinggi dia meletakkan sesuatu di tempat yg sesuai, berhati-hati dlm membuat penilaian, bijak dlm menentukan keutamaan. Dia tidak mencampur adukkan antara yg wajib dgn yg haram, yg harus dgn yg makruh. Contoh, menjaga silaturrahim sesama Islam wajib atas setiap individu, sedangkan tanggung-jawab memberi nasihat dan teguran hanyalah utk yg layak dan mampu saja. Maka, ditimbang antara keduanya, dan memilih yg lebih utama. Pertimbangan2 begini berbeza dari sesaorang ke seorang berdasarkan ilmu, akhlak dan peranannya. Kekeliruan bila semua ini disama-ratakan dan tidak diketahui kedudukan serta aplikasi dgn tepat.
Contoh, ketika berhadapan dgn keadaan sulit, memberi nasihat kpd seaorang, khususnya yg lebih dewasa atau berkedudukan, timbang dulu samada boleh memutuskan silaturrahim atau membawa kebencian. Gunakan pilihan2 yg dibenarkan secara pintar. Hadith Rasul saw yg maksudnya ketika melihat kemungkaran, betulkan secara perbuatan, jika tidak mampu dgn lisan, sekiranya tidak mampu melalui doa (dlm hati). Tegur secara perbuatan, dgn strategi yg halus dan seni yg tidak menjatuhkan maruah org tersebut. Tegur dgn lisan dgn mengkaitkan dgn kisah2 atau peribadi2 lain yg digambarkan serupa sebagai sindiran. Mohon doa Allah yg membetulkan atau Allah datangkan org lain utk menegur. Pastikan, silaturrahim terpelihara, maruah sesama Islam terjaga dan akhalak dikekalkan. Hindar dari memburu yg harus, sehingga melakukan yg haram. Hindar dari mengejar yg sunnat yg wajib tertinggal.
Dalam menyahut seruan surah Al-Asr, (demi masa, setiap manusia berada dlm kerugian, melaiankan mereka yg saling menegur dan berwasiat dlm kebenaran), dia sedar kegunaan Masa amat perlu diperhatikan. Kerugian masa bila digunakan utk perkara2 yg kurang berfaedah, yg kurang membawa ganjaran dan kurang keutamaan. Dia tahu bila dan adab utk menegur setelah disahkan terlebih dahulu kesalahan bukan sewenang-wenang menghukum berdasarkan kriteria dan tahap ilmu sendiri. Dia berwasiat bila merasa diri sudah benar2 layak, punya sesuatu utk disampaikan setelah disaring dari kefasikan, yg boleh membawa kpd fasad dan yg hanya membawa kpd kebaikan, kesejahteraan dan bukan bebanan kpd yg menerima.
Dizaman silam, ada sahabat yg menggulum batu2 kecil utk menghindar dari mengeluarkan kata2 yg tidak perlu. Sebelum dijawab sesuatu soalan, difikirkan dulu samada perlu atau tidak. Mereka sentiasa berkira dgn masanya yg merupakan batas serta asset yg dipinjamkan yg perlu dimaksimakan sepenuhnya.
Semoga kita lebih berhati-hati dalam memberi pandangan, komentar, kritikan sesama kita samada melalui lisan, tulisan, gambar, atau media2 lainnya.
Special credits to Sis Siti Fauziana for this beneficial thougt May Allah Bless You.
Ahad, 23 Januari 2011
Berhati-hati Ketika Memberi Teguran,Pandangan & Nasehat
Dicatat oleh Izzan Fahat di 4:19:00 AM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











0 ulasan:
Catat Ulasan