CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 23 Oktober 2010

Allahurabby

Salam alaik.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda yang amat dicintai.

Ana mungkin mengambil masa terlalu lama untuk menulis kembali, namun ana tidak ingin menyalahkan masa. Kerana masa itu sentiasa wujud buat mereka yang bijak memanfaatkannya. Mempersoalkan masa juga seolah-olah kita memperlekehkan ni’mat dan anugerah tuhan buat kita, yang cukup sempurna yakni 24 jam sehari tersebut. Ana mungkin kurang bijak dalam membahagikan masa dalam soal pembelajaran dan sebagainya. EnshaAllah akan ana perbaikinya.

Ala-kullihal, entri kali ini ana terbitkan buat menyatakan “rasa hati” ana kebelakangan ini. Nyatanya ana sedang berdukacita atas beberapa perkara. Jelasnya juga, ana sedang mengalami krisis kekecewaan yang melampau. Namun, seperti biasa, tidaklah pula kekecewaan tersebut sampai merosakkan dan memudaratkan diri ana, cuma keadaannya sedikit berlainan seperti selalu.

Dalam hidup setiap insan, pasti ada matlamat dan tujuan hidup yang tentunya tidak akan lari daripada tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Biar apa pun yang diingini dalam hidup, perlulah berlandaskan kepada matlamat kita dihidupkan, maka di situ kita akan mampu menilai sendiri adakah kita berada pada landasan perjuangan yang betul?

Ana, tidak mahu mempersoalkan soal kewujudan matlamat hidup insan laen, cuma ana agak sedikit terkilan dengan diri ana.

Pernah suatu hari, ana mendengar ceramah agama dalam suatu siri kuliah yang diadakan setiap hari. Antara yang menjadi inti pati ceramah tersebut adalah, kenyataan bahawa seseorang yang tidak berjaya itu adalah manusia yang menentang fitrah alam. Tidak kiralah dalam soal apa pun, dalam konteks apa pun, tidak semestinya berjaya itu dirujuk sebagai seorang “doktor, peguam, perdana menteri” kemudian baharulah dikatakan berjaya. Kejayaan yang dimaksudkan itu termasuklah dalam soal kehidupan, hal-hal seharian yang kita lalui, sama ada dalam hal mendapatkan keputusan yang baek dalam peperiksaan, dalam hal menjalankan ikatan silaturahim dan segala gerak kerja yang kita lakukan. Hal ini demikian kerana, Allah SWT telah menciptakan segala kemudahan, kelebihan, keistimewaan dan keperluan kepada semua makhlukNya secara adil dan saksama, justeru tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak dapat mengecapi kejayaan.

Jika begitulah maksudnya, adakah ana juga tergolong dalam insan yang menentang fitrah alam? Kerana apa yang sebenarnya ana inginkan di dalam hidup belum pun terlaksana. Kadang kala, ana mempersoalkan diri sendiri, adakah belum terlaksana atau memang tidak kesampaian? Adakah ketika ini ana sedang meniti penamat dalam usaha menuju impian tersebut. Ana, benar-benar ketandusan fikiran. Apa yang ana impikan sejak dari kecil hinggalah kini, belum lagi terlaksana. Namun, tidak bermakna ana terus meninggalkan impian tersebut lantaran masalah-masalah tertentu. Ana seharusnya bersyukur kerana, walaupun ana tidak begitu mempunyai keperluan material yang cukup, namun ana tetap mampu meneruskan kegiatan dan impian kesukaan ana dengan cara yang berbeza dengan individu laen. Meskipun jika ditakdirkan ana masih tidak mampu meneruskan perjuangan untuk mencapai keinginan tersebut secara formal, maka akan ana redha seadanya. Apa yang lebih utama, ana cuba berbakti kepada agama dengan cara ana seadanya meski cita-cita sebenar tidak kesampaian.

Buat saudara-saudaraku sekalian, moga-moga apa yang anda cita-citakan dalam hidup dapat direalisasikan dalam erti kata perjuangan keranaNya.

Salam Alaik.

0 ulasan: