CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 15 Ogos 2010

Multiple Personality Disorder (alter egos)





Salam alaik & ramadhan kareem..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW…

enshaAllah dalam entri kali ini,ana akan berkongsi pandangan ana secara ringkas tentang sejenis penyakit yang dinamakan sebagai Dissociative Identity Disorder (DID) atau Multiple Personality Disorder (alter egos). Ana bukan seorang doktor pakar jiwa, maka ana bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan soal perubatan moden mahupun tradisional. Pengetahuan yang sedia ada dalam diri ana bkaitan hal perubatan tersebut tetap ana sentiasa tingkatkan dari semasa ke semasa, namun untuk pengetahuan lebih lanjut dan mendalam untuk saudara/saudari sekalian, segeralah merujuk kepada buku-buku perubatan yang “disahkan”. Justeru, dalam lapangan ini ana Cuma mahu mengisahkan serba sedikit pengalaman dan pandangan ana secara peribadi terhadap pesakit-pesakit jiwa tersebut khususnya bab atau berkaitan Multiple Personality Disorder (alter egos).

Pengamatan saya,tidaklah semestinya betul belaka, namun pasti ada yang boleh dikongsi dan disepakati. Percaya atau tidak, sememangnya golongan yang mengalami masalah jiwa sedemikian mempunyai kebolehan dan keistimewaan yang cukup mengagumkan. Berdasarkan pengalaman ana sendiri yang pernah bergaul dan berkawan dengan rakan sedemikian, mendapati mereka hakikatnya mempunyai kekuatan dalam aspek berbahasa, linguistik dan matematik. Ya. Kebanyakan daripada mereka sangat menguasai ilmu bahasa khasnya dalam soal perbahasan, berforum sementara turut menguasai bahasa-bahasa lain. Mereka juga dilihat sebagai individu yang mahir dalam aspek pengiraan dan kerapkali ana berfikir mereka adalah insane istimewa yang mempunyai otak kiri dan kanan yang dominan! Meskipun mereka mengalami masalah dalam aspek bersosial, berkomunikasi dan berinteraksi dengan manusia lantaran tekanan dan kemurungan yang dialami mereka masih dapat menjalani kehidupan dalam dunia “lain” yang mereka sendiri cipta.

Masyarakat amnya sering melihat mereka sebagai pembohong, gila, kejam dan sebagainya namun percayalah mereka juga manusia yang memerlukan bimbingan daripada kita. Bukan mereka mengehendaki dijadikan begitu, namun dek kerana tekanan masa lalu dan semasa, masalah tumbesaran, trauma, masalah-masalah yang wujud ketika di alam kanak-kanak telah membuatkan mereka tidak mampu melihat “diri sendiri” dalam cermin realiti. Data secara spekulatifnya mendapati, kebanyakan individu yang mengalami permasalahan tersebut mempunyai latar belakang keluarga yang hampir sama. Individu tersebut berkemungkinan kecewa dengan keluarganya, merasa cemburu dengan saudara kembarnya, berkeinginan mempunyai keluarga yang kaya dan sebagainya. Pada awalnya, mereka masih berada dalam tahap neurosis atau tahap yang terkawal, namun apabila tiada rawatan lanjutan yang dilakukan ke atas mereka akhirnya menyebabkan “diri kedua” individu tersebut semakin dominan dan menguasai diri mereka yang sebenar. Jika sekiranya ini terjadi, maka individu tersebut sedang mengalami fasa yang kritikal dalam mengenali dirinya semula. Justeru, dalam tempoh inilah perhatian, kasih sayang dan tumpuan daripada ahli keluarga, ibu bapa, rakan-rakan dan ahli masyarakat amat diperlukan oleh pesakit tersebut agar mereka kembali ke dunia asal. Namun, sebaliknya terjadi masyarakat sekarang sering menyisihkan golongan tersebut sehingga menggelarnya sebagai “orang gila”… Nantikan sambungannya…



0 ulasan: