CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 10 Februari 2010

yang bernama insan itu?



Menyedari hakikat diri, akal dan kemampuan diri pasti mengembalikan insan ke fitrahnya. Hakikat diri adalah suatu tingkat dalam merungkaikan segala persoalan yang bermain di minda dan hati manusia menerusi panduan dariNya. Persoalan sifat seperti baik, buruk, jahat, mulia, kejam dan sebagainya adalah ungkapan yang paling lancar dalam sebutan lidah dan bibir manusia. Demikianlah sebegitu ramai manusia membicarakan hal-hal sebahagian yang lain sekaligus melalaikan mereka dari mengingati waktu-waktu untuk diri sendiri. Siapakah insan? Mengapakah insan diciptakan? Kepada siapakah pengakhiran atas segala dan semua yang berlaku? Segala-galanya mudah terjawab dengan hati yang ikhlas dan tulus. Bukankah sudah pun tersedia jawapan tersebut dalam genggaman insan? Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menyedarinya?