CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 17 April 2009

Barang Siapa Kenal Diri Maka Kenallah Akan Tuhannya


Mengenal Allah

Soalan:

Apakah maksud yang dikatakan ‘barang siapa kenal diri maka kenallah akan tuhannya’?

Jawapan:

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.

Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.

Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya”. Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri”, maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.

Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia. Diri batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia. Walaupun di dalam Al Quran “diri” itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya “diri” yang hakikat itu di dalam manusia. Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertnggungjawapannya”. (Al Isra’ 36)

Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan, disamping roh juga akan diuji tentang ketakwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT. Untuk melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.

Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan qalbi. seandainya qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal, nafsu dan roh bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan.

Qalbi di dalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri. Firman Allah SWT maksudnya:

“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”. (As Sham, 9 - 10)

Jadi untuk merealisasikan pengertian bahawa siapa yang mengenal dirinya akan mengenali

Tuhan-nya itu, iaitu dengan cara memahami hakikat roh, jiwa atau qalbi yang sebenarnya. Sesungguhnya untuk mencapai ke tahap yang tinggi memerlukan pengetahuan dan keyakinan yang kukuh terhadap Allah SWT. Wallhu A’lam.

9 ulasan:

saljuhumairah berkata...

salam,
saya tertarik dengan entry ni..dah lama cuba menyelami..dua buah buku tersohor dari kelantan banyak membicarakan persoalan kalbu, hati, dan roh...

1. MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH
2. RAMUAN ILMU TASAUF

kedua-dua buku ini adalah karya ustaz mustapha muhammad al-jiasi (al-ahmadi)..sampai hari ni belum bertemu pengajian mengungkap soal ini. Dulu ada, tapi di kampung(surau kamunting, taiping)tak pasti ada x lagi sekarang. tapi kekadang biasalah semangat turun dan naik (iman).setelah entry ni, semangat kembali(motivasi diri)thanks.

yang saya faham, sekarang jarang orang membicarakan soal tauhid(mengenal Allah s.w.t.) yang merupakan tunjang utama dalam diri. ilmu ini amat mendalam dan perlu dipelajari dengan tekun dan berhati-hati. ilmu ini yang menamkan dalam jiwa kekuatan iman.. terlalu sedikit pengetahuan mengenai ilmu ini....

InsyaAllah sama-sama kita mohon petunjuk cahaya daripada Nya...

alang berkata...

Salam. Apa yang saudari ulaskan ini bagi saya merupakan cabang ilmu hakikat,yakni Ilmu mengenal diri. Kepada sesiapa yg ingin mengenal diri saya syorkan belajarlah dari Guru Mursyid,kerana belajar tanpa guru umpama kita bergurukan syaitan. Allahualam.

saljuhumairah berkata...

Betul2...
Guru yang murshid akan membimbing kita...menuju kepada yang Satu..

Izzan Fahat berkata...

shamsyncronizer cromozom:

waalaikumusalam...
syukran. ana hanya menyampaikan smga menjadi panduan dan wasilah utk kita mpertingkatkan kualiti diri kearah mjd insan yg dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah.

Sesungguhnya, segala kegelisahan yg berlaku pd diri setiap insan adalah akibat diri yg tdk pernah mahu mengenal identitinya sendiri.

dek krn itulah yg akhirnya membawa kpd sifat mudah pts asa, kecewa, dan mula kendur imannya terhadap tuhan.

Alangkah bgs kiranya stiap insan itu menyedari bhw stiap kegagalan dan kejayaan dalam hidup sntsa di balas limpahan kasih dan sayang dari Allah selagi dia tidak melakukan dosa2 besar. tidak perlu untuk merasa gundah gulana selagi pandangan Allah itu menjadi keutamaan.

Maka dgn itulah akhirnya, insan akan mula mengenali hakikat diri dan mengapa ia diciptakan.

Sesungguhnya manusia itu tiada lain diciptakan melainkan untuk berjuang di jalan Allah:)

semoga bermanfaat...syukran.

Al-Muary berkata...

entri ni menyamai bab 1 buku nizhamul hukm fikh islam karangan syeikh Taqiyuddin Al-Nabhani iaitu Thariqatul Iman(jalan Menuju iman)

Asbabun Nuzulnya adalah daripada surah Ar-Ra'd ayat 11 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka"

iaitu dengan jalan berfikir.Permulaannya dengan mengenali diri sendiri,alam semesta dan persekitaran yang terjangkau oleh aqli dan kemudiannya mengenal Al-Khaliq melalui jalan berfikir.

Jadi iman kepada Allah itu dapat dicapai melalui akal, dan memang harus demikian. Iman kepada Allah akan menjadi dasar kuat bagi kita untuk beriman terhadap perkara-perkara ghaib dan segala hal yang dikabarkan Allah SWT. Jika kita telah beriman kepada Allah SWT yang memiliki sifat-sifat ketuhanan itu, maka wajib pula bagi kita untuk beriman terhadap apa saja yang dikabarkan oleh-Nya. Baik hal itu dapat dijangkau oleh akal maupun tidak, karena semuanya dikabarkan oleh Allah SWT. Dari sini kita wajib beriman kepada Hari Kebangkitan dan Pengumpulan di Padang Mahsyar, Surga dan Neraka, hisab serta siksa. Juga beriman akan adanya malaikat, jin, dan syaitan, serta apa saja yang telah diterangkan Al-Quran dan hadits qath'i. Iman seperti ini, walaupun diperoleh dengan jalan 'mengutip' (naql) dan 'mendengar' (sama'), tetapi hakikatnya merupakan iman yang aqli juga. Sebab dasarnya telah dibuktikan oleh akal. Jadi aqidah seorang muslim itu harus bersandar kepada akal atau pada sesuatu yang telah terbukti kebenaran dasarnya oleh akal. Seorang muslim wajib meyakini (menjadikannya sebagai aqidah) segala sesuatu yang telah terbukti dengan akal atau yang datang dari sumber berita yang yakin dan pasti (qath'i), yaitu apa saja yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan hadits qath'i yaitu hadits mutawatir. Apa saja yang tidak terbukti oleh kedua jalan tadi, yaitu akal serta nash Al-Quran dan hadits mutawatir, haram baginya untuk mengimaninya (menjadikannya sebagai aqidah). Aqidah tidak boleh diambil kecuali melalui jalan yang pasti.

Apabila manusia berhasil memecahkan perkara ini, maka ia dapat beralih memikirkan kehidupan dunia serta mewujudkan mafahim yang benar dan produktif tentang kehidupan ini. Pemecahan inilah yang menjadi dasar bagi berdirinya suatu mabda (ideologi) yang dijadikan sebagai jalan menuju kebangkitan. Pemecahan itu pula yang menjadi dasar bagi berdirinya hadlarah yaitu suatu peradaban yang bertitik tolak dari mabda tadi. Disamping menjadi dasar yang melahirkan peraturan-peraturan, dan sebagai dasar berdirinya Negara Islam. Dengan demikian, dasar bagi berdirinya Islam --baik secara fikrah (idea dasar) mahupun thariqah (metod pelaksanaan bagi fikrah) adalah aqidah Islam.

Perlu diketahui bahwa iman terhadap syar'iat Islam tidak cukup dilandaskan pada akal semata, tetapi harus disertai sikap penyerahan total dan penerimaan secara mutlak terhadap segala yang datang dari sisi-Nya

P/Sindir ana ehh

Izzan Fahat berkata...

syukran akhie samurouh atas penerangan akhie..smga bermanfaat untuk semua. perlu diingat, hy dgn menuntut ilmu brulah dpt mengenal diri dan siapa itu tuhan.

saljuhumairah berkata...

salam,
samurouh:

wah penerangan panjang lebar..semoga diberi pencerahan...

Tanpa Nama berkata...

salam alaik..ilmu baru untuk saya..i like it..

Eden berkata...

awal agama mengenal Allah,
tak sebutpun awal agama kenal diri.
apa kaitan Allah dengan diri.
Diri yang dimaksudkan tu diri siapa? diri tuan atau diri saya?
Allah tu Maha besar adakah diri kita sama besar dengan Allah yang maha besar?