CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 18 Februari 2009

Kasih Sampai Ke Syurga


Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini terasa rindu pada kedua orang tuaku… kadang kala, aku termangu memikirkan keadaan kedua orang tuaku di kampung yang sedang berhempas pulas mencari rezeki buat menyara kehidupanku adik beradik. Entah makan atau tidak mereka di kampung, hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Aku masih teringat lagi dikala mana mereka pergi menoreh getah pada awal pagi lagi dan pulang pada tengah harinya…

Rasa melankoli sekali aku memandang wajah kedua orang tuaku yang keletihan menggalas bebanan mendaki bukit untuk pergi menoreh. Pernah suatu masa dulu, ibuku terjatuh ke bawah bukit ketika memanjat bukit tersebut. Hiba sungguh rasa hatiku pada saat itu… Kecewanya aku sebagai anak, yang belum mampu memberikan kesenangan buatnya. Di saat aku pergi melanjutkan pelajaran, merekalah manusia yang paling gembira dalam kedukaan. Gembira bercampur sedih kerana aku akhirnya melangkah jua keluar dari kampung lahirku, demi mencari secebis harapan kebahagian. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan sebagai kata-kata semangat buatku, melainkan kekuatan yang aku kumpul selama ini demi melihat kebahagian kedua orang tuaku di saat aku berjaya kelak…

Di saat aku menjejakkan kaki ke institut pengajian, aku tanamkan seribu tekad. Azam setinggi bulan dan bintang, dan aku rendahkan hati serendah dasar lautan. Aku sedar dan teramat sedar, aku harapan kedua orang tuaku. Apa sahaja yang aku lakukan adalah kerana Dia, dan kerana kedua orang tuaku. Kekadang, timbul rasa hairan di kalangan teman-temanku, mempersoalkan mengapa aku begitu tekun dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Tidak kurang juga yang memperkecilkan kemampuan aku sebagai seorang insan. Pada saat itu, aku hanya mampu tersenyum. Hanya Allah dan aku sendiri yang mengetahuinya. Masih banyak lagi resam hidup yang perlu kita tempuh wahai teman. Hidup ini bukan sekadar hidup. Hidup adalah satu perjuangan yang tak pernah berpenghujung...

Nantikanlah saat di mana segala-gala yang kabur akan menjadi jelas dan terang.


2 ulasan:

Al-Muary berkata...

Hmm saya pun rindukan keluarga juga,namun perjuangan adalah lebih penting.Sakit kita disini insyaallah akan berbalas dengan kemanisan dimasa hadapan bergelar pendidik.insyaallah.
Sedangkan usaha ulama juga kadangkala dipersoalkan inikan kita manusia biasa(orang awam).teruskan perjuanganmu.Secara peribadi aku mengagumi kerajinanmu hingga kadang-kadang kesal mengapa diri ini begitu malas astaghfirullah.:(

Izzan Fahat berkata...

begitulah hidup sbg pejuang...saudaraku.sy sendiri jg bljr dr ksshan.jd, perkara ni sntsa mnjd perangsang untuk sy lbh tekun.wlu apapun, rmi lg mnusia yg lbh rjn di luar sn...jgn mdh pts asa, teruskan perjuangan belajarmu hingga ke liang lahad!